Thursday, February 23, 2017

Kelahiran MKI #LittleBoyWithPOP

Assalammualaikum/ Hye!

Erkk, apa nak cerita ni? Hahaha! Tetiba blur walaupun, sebelum ni mama dah ada blog. Oh ya, blog tu pun kemain bersawang. Entah-entah CikT (tikus) pun dah beranak pinak. Gittew. 

Actually, hari ni mama nak story proses kelahiran MKI. Wahhh! Kau ingat kau retis, semua orang nak tahu cerita kau? Bukan, bukan begitu ya, maksud mama bila MKI dah besar nanti, dah pandai membaca dan berfikir secara waras, biar MKI tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu/isteri (EH!). So, bila MKI dah berumah tangga, bakal menimang cahaya mata, MKI tahu menghargai si isteri. Bukannya, bila dah beranak pinak, hal yang lain diabaikan. Sudahlah penat melahirkan, kau pula buat tak tahu, biar isteri jaga sengsorang. Nak suruh jaga anak sendiri pun nak kena bercakap itu ini, isteri dah marah baru nak gerak. Gitu? Besar pangkat ko nak?! (Mama emosi).


07 November 2016
Nak dijadikan cerita, harini mama ada check-up dengan doktor pakar, Since mama ni kerdil lagi (comel), maka peluang untuk deliver normal hanyalah 50/50. Sebabnya, short stature. Bahasa kasarnya, pendek (144cm). Katanya, nak check jalan. Okey, mama dah habis positif ni bahawa "Check jalan tak sakit, chill lah". End up, mama rasa nak tendang je Dr yang check jalan tu. Kemain ganaih! Oh ya, rezeki mama dari proses check apa semua, hanyalah doktor perempuan. 

Bila dah check jalan, dah scan itu ini, Dr kata air ketuban mama kurang, dah leaking. Maka, mama pun mulalah recall, bila pula leakingnya? Hahaha. Bajet dapat ingatlah, nan hado ya nak, tak ingat pun. Sebab, mama rasa mama tak rasa pula sakit ke apa ke, tiada. Cuma biasalah, bila malam pinggang tu je susah nak adjust alignmentnya. HAHA!

Actually, mama memang dah bawa semua baju, kelengkapan mama, sebab mama fikir, mama nak balik Gelang Patah, kengkonon nak IC awak 01, sekali bila fikir-fikir, mama tak naklah ambil risiko. So, mama stay je kat Hospital Kuala Pilah. Haaaa, mama pun check in hospital lebih kurang dalam tengahhari settle semua. Maka, mama pun berhuhuhu lah dalam wad, menanti hari esok untuk di'induce' (secara paksa).

All is well. Mama tidur dengan lena walaupun dah ada tanda turun.

08 November 2016

Seawal jam 5am mama dah bangun, dah sesiap mandi semua. Subuh pun mama dah settle, so mama stay je kat katil, sampailah nurse panggil suruh ke depan, bilik rawatan untuk di 'induce'. Ehem! Sekali lagi, mama try positive. Yang saing dengan mama, tiga orang. Mama orang ke dua. Haih! Mama seram (sebab kena seluk, again!). Setibanya giliran mama, Eh! Tak sakit pula. Adakah kerana Dr pepagi mamai atau mama memang dah positif? Okey, mesti ada yang tanya, induce sakit tak?Sejujurnya, masukkan ubat tak rasa apa-apa pun. Bila dah masuk ubat, baring je kat katil, sambung tidur. Oh ya, pukul 7am tu dah settle dah semua hal induce, so mama pun lepak jelah baring. Dr dah kata, induce ni tengok orang juga, kadang sampai tiga kali bagi baru jalan. So, mama fikir, hari ni baru rasa sakit-sakit kot, tak beranak lagi (Over confident!).

7.30am, Dr ada tulis apa entah kat file mama tu. Mama dah menahan sakit yang amat. Sejujurnya, balik je dari masuk ubat, baring, mama dah rasa sakit contraction tu. Mama cuba cool, tapi tak boleh, sebab dah sakit sangat dah rasanya. Mama nak pegang phone semua memang tak boleh. So, Dr tadi tanyalah mama; "Are you okey?", mama just diam meringkuk kesakitan. Sudahnya Dr suruh masuk bilik rawatan, nak buat CTG. Graf dah tak cantik dah, contraction dah kerap, 3cm mama dah kena tolak ke labour room. Ya, baru 3 cm, mama rasa bengkok besi katil tu mama genggam, Tapi, yang tak bestnya adalah nurse mulut jahat sikit "Baru 3 cm, dah macam 10cm. Gaya kena lebih". Mama malas nak jawab, cuma mendoakan nanti bila dia nak bersalin semua urusan dia dipermudahkan.

Bila dah masuk labour room, sakit semakin kerap. 8,30am Dr check dah 5 cm. Bila mama google ramai kata, bilik labour room sejuk, tapi mama rasa panas, plus haus gila. HAHA! Iyalah, tak sempat sarapan, minum pun tak sempat dah kena tolak labour room. So, sepanjang masa tu, mama layan je sakit contraction tu. Selawat Nabi Yunus memang tak lepas. Sakit contraction datang je, nafas guna hidung, lepas guna mulut. Alhamdulillah mujarab. Dalam labour room, mama sensorang, tak ada yang teman. HAHA! Baba masuk bila awak dah deliver je. HAHA! 

10.20am tu, mama dah rasa macam nak meneran sangat, cakap dengan Dr, Dr cakap okey, kita check jalan ya dah berapa cm, tup tup dia jerit "FULLHOUSE! FULLHOUSE!". Dalam hati mama, "Wow! Nak bersalin dah ke?". Mana taknya, pagi tu mama sorang je dalam labour room, semua santai je buat kerja, bila fullhouse tu semua gelabah. Mana yang baru nak inject mama, mana nak sambut baby lagi. HAHA! Tapikan, masa mama nak teran, semua sakit contraction tu tak ada, hilang. So, dengan 5 kali push, AllahuAkbar, pulp! Alhamdulillah, mama selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang putih melepak serupa apek cina. Hiks! Alhamdulillah, bersalin normal dengan 2 jahitan.

Bila dah melahirkan MKI, rasa lega sangat. Hilang segala kesakitan,masa kena jahit pun releks berborak dengan Dr tu sambil tengok benang keluar masuk keluar masuk. Siap boleh gelak-gelak. Sebelum tu, Dr ada cakap, "Kaki anak puan ada masalah sikit ya".Ya, sayang. Mama nampak dan mama redha. Hati mama masih tenang, walau dalam sakit. Mama just fikir "Ini rezeki kita, sayang. Semuanya pasti ada jalan penyelesaiannya". Mama pun tak tahu macam mana mama boleh sepositif itu. Ya, mama sangat positif, sangat tidak bimbang sebab bagi mama "Benda boleh settle".

Haaaa, apakah masalah dengan kaki MKI? Apakah cara penyelesainnya? Eh! Suspen tak? Hahahaha. Overall, sepanjang mama bersalin kat HTAN, Alhamdulillah, perjalanan yang sangat seronok. Kerana;

  1. Sepanjang proses dari check jalan sampailah ke bersalin, hanyalah Dr perempuan, nurse perempuan, semuanya perempuan. 
  2. Pendaftaran yang senang, tiada leceh, cepat. 
  3. Katil je tak best, sebab tinggi tapi selesa. Eh! Locker semua ada.
  4. Persekitaran semua memuaskan hati. 
  5. Kebersihannya juga terjaga, bersih. 
  6. Staf nurse banyak membantu, banyak mengingatkan. Cleaner pun ramah tamah.